Kadang-kadang dunia persaingan
akademik dan hambatan pembelajaran formal menjadikan anak-anak tumpul
pemikirannya.
Ibu bapa masakini terlalu
berlumba-lumba untuk melihat anak mendapat keputusan peperiksaan yang boleh
membanggakan mereka, atau sekurang-kurangnya tidak menjatuhkan air muka bila
ditanya oleh kawan-kawan, saudara mara atau jiran tetangga.
Terkadang anak-anak menjadi mangsa.
Mereka mangsa ibu bapa yang mahu mempertahankan keegoannya.
Mendapat keputusan yang tinggi
dalam peperiksaan belum tentu membuktikan anak-anak akan menjadi cemerlang.
Keputusan peperiksaan yang baik
boleh menjadi petanda bahawa anak itu bersungguh-sungguh, rajin, punya daya
ingatan baik, cepat memahami sesuatu dan bijak menyelesaikan sesuatu masalah.
Namun ia bukan satu bukti yang
mutlak. Anak-anak yang cemerlang adalah yang punya keunggulan dalam rohaninya,
pemikirannya, emosinya, akhlaknya dan fizikalnya.
Berfikir Untuk Cemerlang (✿◠‿◠)
Bahkan
dalam aspek pemikiran, keputusan peperiksaan hanya dapat mengambarkan
sebahagian kecil daripada kecemerlangan pemikirannya.
Oleh yang demikian ibu bapa perlu
memiliki gambaran yang tepat berkaitan usaha memperkembangkan pemikiran
anak-anak agar menjadi anak yang berfikiran cemerlang dan hebat.
Seperti yang pernah dibincangkan
dahulu, Islam meletakkan asas yang kukuh dalam pembinaan pemikiran yang
seimbang. Al-Quran itu sendiri menyedikan wahana unggul dalam membentuk pemikiran
anak-anak.
Selain itu, Islam amat menggalakkan
umatnya mengembangkan kebolehan berfikir.
Ungkapan "mudah-mudahan kamu
berfikir', 'semoga kamu menggunakan akal' atau seumpamanya kerap didapati dalam
Al-Quran.
Allah menyuruh para mukminin agar
sentiasa merenung, bertafakur dan memikirkan dengan mendalam setiap fenomena
alam yang dicipta oleh Allah.
Semuanya menjadi bahan untuk
mendekatkan diri kepadaNya dan menjadikan umat muslimin cemerlang dunia
akhirat.
Bahkan kecemerlangan Islam pada
generasi awalan juga berlaku kerana keberanian umat Islam meneroka alam ilmu
dan pemikiran bagi memenuhi kehendak agama dan manusiawi.
Asas kecemerlangan dalam pemikiran
ialah mempunyai ilmu yang mantap dan kemahiran berfikir yang hebat. Soal
kemahiran dalam berfikir kurang menjadi perhatian ibu bapa pada hari ini.
Anak-anak banyak didedahkan dengan
fakta dan data.
Namun, sedikit dibiasakan dengan
seni bagaimana menganalisa dan mengolah fakta, pengalaman, maklumat dan data.
Mereka banyak diarah untuk
melakukan itu dan ini, tetapi sedikit didorong untuk mencari inisiatif dan
berfikir secara proaktif.
Proaktif ya, Reaktif tidak. o٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶٩(͡๏̯͡๏ )۶
Anak-anak
perlu diajar menjadi proaktif bukannya sekadar reaktif.
Anak yang reaktif ialah anak yang
tidak mampu mengawal dirinya dalam menghadapi cabaran.
Dia cepat menyalahkan cabaran yang
mendatang, dan lambat berfikir untuk mengatasainya.
Dia suka merungut-rungut dengan
kesulitan dan sulit untuk meragut peluang penyelesaian.
Dia amat terpengaruh dan terkesan
dengan apa yang menimpa ke atas dirinya dan amat kecil kebolehan untuk
mempengaruhi dan mengawal sikap atau perlakuan diri sendiri.
Dia hanya berusaha apabila ditekan
dan dipaksa.
Sebaliknya anak-anak yang proaktif
adalah anak-anak yang tahu halatuju hidupnya dan berusaha melaksanakan tanggungjawabnya.
Dia berupaya untuk membuat
keputusan dan pilihan dalam kehidupan seharian, dan bertanggungjawab atas
pilihannya. Kesulitan yang menimpa tidak dianggap 'masalah' tetapi sebagai satu
'cabaran'.
Lantas dia menghadapainya dengan
tabah.
Anak-anak yang proaktif juga punya
kesedaran, dan keinsafan sehingga terdorong untuk melakukan kerja-kerja baik
walau pun tanpa ditekan atau dipaksa.
Pemikiran dan sikap proaktif bukan
wujud secara semulajadi dalam diri anak-anak.
Ia adalah hasil tarbiyah tidak
formal sama ada sengaja atau tidak sengaja oleh pendidik mereka-terutamanya ibu
bapa.
Pertamanya, anak-anak perlu
mengerti matlamat hidupnya-menjadi hamba Allah yang cemerlang dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah. Hal ini perlu diulang-ulang oleh
ibu bapa.
Keduanya, setiap apa yang suruh
kepada anak-anak perlu dinyatakan sebabnya. Juga perlu dikaitkan dengan
matlamat unggul tadi. Jika anak-anak disuruh mengemaskan bilik, nyatakan
sebabnya.
Jika anak diminta habiskan nasi
sehingga licin, sebutkan tujuannya. Demikian lah seterusnya.