Tunangan Halalmu Hanya Selepas Nikah!
Pertunangan
bermaksud perjanjian yang dibuat oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan.
Ia adalah satu sunnah yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW kepada isteri baginda Aisyah Binti Abu Bakar dan Hafsah Binti
Umar. Dengan berlangsungnya ikatan pertunangan tersebut, maka tergalaslah
sebuah komitmen yang tidak rasmi pada diri seorang lelaki dan wanita yang belum
berkahwin untuk mengenal hati budi masing-masing.
Islam membenarkan pertunangan
sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan
suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada dari segi fizikal dan
mentaliti. Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita jika ramai pasangan yang
bercinta pada hari ini melangsungkan pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang
perkahwinan. Tapi silapnya pada masa kini, fitrah pertunangan ini
sudah menjadi fitnah.
1. Konsep
Pertunangan
Menurut
konsep pertunangan dalam Islam yang sebenarnya, sesebuah pasangan perlu
bertunang terlebih dahulu sebelum berkenalan dengan lebih rapat dengan pilihan
hati mereka. Ia tidak lain adalah untuk menjaga kesucian sebuah perhubungan
agar diredhai oleh Allah. Namun, yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya.
Selepas berkenalan dengan pasangan masing-masing dan berpuas hati dengan sikap,
perangai dan tingkah laku barulah mereka mengikat tali pertunangan. Ia sekadar
menjadi petanda seseorang itu sudah mempunyai pemilik.
Bertunang tiada bezanya dengan
bercinta. Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan, maka
mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan, berpegang-pegangan dan melakukan
pelbagai aktiviti bersama. Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan
dibenarkan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan dan pada
waktu inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi
kita perlu ingat, jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan oleh
Islam.
2. Jauhi Perkara
Zina
Kebanyakan
umat Islam hari ini menganggap penzinaan itu adalah semata-mata melakukan
persetubuhan haram. Sebenarnya, bukan perbuatan zina itu sahaja yang dilarang
keras tetapi kelakuan dan tindak tanduk yang mendorong berlakunya perbuatan
tersebut. Maksud perkataaan zina itu luas yang mana meliputi semua aspek
perlakuan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Zina kedua-dua mata
itu memandang perempuan yang ajnabi, zina kedua-dua telinga itu mendengar, zina
kedua-dua tangan itu menyentuh, zina kedua-dua kaki itu melangkah dan zina hati
itu mengingini dan menangan-angankannya." (Hadis Riwayat Bukhari &
Muslim)
Jelaslah kepada kita semua
perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang sudah akil baligh
dan bukan mahram termasuklah yang sudah bertunang atau tidak, melainkan yang
sudah berkahwin adalah dikira zina. Ia adalah perkara-perkara yang membuka
peluang dan menimbulkan dorongan sekali gus memberi laluan mudah kepada
pasangan bertunang untuk melakukan permulaan zina. Ini kerana, mereka telah
meletakkan diri mereka berdua-duaan di suatu tempat dan seterusnya mendorong
melakukan kemuncak kepada perbuatan yang terkutuk. Apabila berdua, maka akan
ada yang ketiga.
Rasulullah SAW telah bersabda,
"Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang
ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan." (Hadis Riwayat Imam
Ahmad).
3. Ramai
Bersubahat
Larangan
berdua-duaan dan perlakuan yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan sahaja
ditujukan kepada pasangan yang bertunang sahaja tetapi termasuklah orang-orang
sekeliling yang turut terbabit atau bersubahat. Ramai antara kita yang tidak
sedar bahawa mereka secara tidak langsung terlibat dengan perlakuan yang hampir
kepada zina. Contohnya dalam kalangan ibu bapa yang sengaja membiarkan
anak-anak teruna dan gadis mereka keluar berdua-duaan. Kononnya, ibu bapa
yang 'sporting' dan memberi kebebasan serta kepercayaan kepada anak-anak
mereka.
Kerana ceteknya ilmu agama dan
terpengaruh dengan amalan dan budaya sosial Barat yang moden dan terkini,
mereka tidak mahu dipandang kolot dan dan dilihat alim. Ramai yang menganggap
apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa dan sudah menjadi tradisi
malah selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan pula, ada ibu bapa yang
sengaja membiarkan anak-anak berdua-duaan dengan tunang dan kekasih mereka
kerana mengingatkan manisnya zaman percintaan mereka semasa muda dahulu dan
ingin anak-anak mereka merasai nikmat alam percintaan sebagaimana mereka
dahulu.
4. Bertunang
Bukan Tiket Buat Maksiat
Fenomena
keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan muda mudi sekarang khususnya yang
beragama Islam boleh menyebabkan merebaknya kelahiran anak luar nikah dan
sebagainya. Itu adalah antara bukti-bukti penerimaan ibu bapa dan masyarakat
sekeliling kepada aktiviti berdua-duaan pada pasangan bertunang. Jangan biarkan
diri terhantuk baru tengadah. Sedarlah, pengaruh budaya barat dalam bidang
sosial ini harus dianggap sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam
sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.
Oleh itu, walaupun sudah bertunang,
jangan anggap ia sebagai tiket untuk berdua-duaan dan menghalalkan segala
bentuk perhubungan sebagaimana suami isteri. Pastikan jalinan hubungan cinta
itu tidak melanggar hukum Allah dengan tidak ada pergaulan bebas, tidak
berdua-duaan, tidak mendedahkan aurat, tidak meninggalkan solat dan sebagainya.
Jangan jadikan hubungan tersebut perkara yang melalaikan dan merugikan. Kita
masih belum menjadi hak milik pasangan kita sepenuhnya. Jagalah maruah agama,
diri dan keluarga. Jangan disebabkan racun dalam percintaan ini disangka baja
dan mampu menyuburkan hubungan yang dibina berkekalan kerana setiap apa yang
berlaku berbalik kepada ketentuan Allah.
Cinta yang suci dan terpelihara
pasti akan membawa pasangan yang sudah bertunang ke gerbang perkahwinan
sehingga kemanisannya dan kebahagiaannya tidak mampu diungkapkan dengan
kata-kata. Ketika itulah fitrah menjadi anugerah.
Kesimpulan GW : Jadi apakah kalian menganggap pacaran itu baik??? atau tidak??? tergantung pada diri kalian masing-masing, dalam ajaran islam tidak dibenarkan untuk berpacaran karena dapat mengakibatkan hal-hal negatif dan sedikit mendapatkan hal yg positif. Tapi pada zaman ini saya melihat anak-anak remaja gaya berpacaranya kurang baik :)). Sehingga menurut saya jika para pacaranlovers ingin berdua-duaan hindarilah dari perbuatan2 yang tercantum di artikel diatas :D wassalam.
(>‘o’)> ^( '-' )^ <('o'<) v( ‘.’ )v <(' .' )> <('.'<)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar